Sejarah ringkas Seberang Perak

  • 1961 Seberang Perak diwujudkan oleh Tun Abdul Razak yang mahukan orang Melayu memiliki tanah pertanian .Penduduk kampung di tepi sungai Perak diberi 2 hektar tanah hutan paya . Terpulanglah kepada penduduk kampung bagaimana mengusaha dan memajukannya .

Sistem pengairan diadakan dengan mengorek tanah untuk dijadikan terusan atau tali air. Tanah ditimbunkan untuk dijadikan ban atau benteng. Sebagai kawasan paya air masin yang berdekatan dengan laut, Seberang Perak dan sekitarnya kerap dilanda banjir sedperti tahun 1926 dan Banjir di Malaysia 1971|1971]]. Tentulah tidak sesuai untuk ditanam dengan padi.

  • 1953 projek ini bermula apabila seluas 2600 hektar tanah di Peringkat 1 diberikan kemudahan perparitan hasil daripada kajian kamungkinan yang dijalankan oleh sebuah badan perunding.
  • 1961 hingga 1965, usaha bagi mengadakan kemudahan pengairan untuk tanaman padi bagi kawasan seluas 61,514 hektar di Peringkat 1,2,3, dan 4 telah dirancang.
  • 1965 Tun Abdul Razak datang ke kawasan ini dan meminta tanah ditanam dengan tanaman padi. Padi (beras / nasi) dalah makanan ruji bagi rakyat Malaysia, dahulu hingga saekarang.
  • 1968, Kerajaan negeri Perak telah membahagi-bahagikan tanah kepada penduduk tempatan untuk tanaman padi. Tetapi usaha penanaman padi ini tidaklah begitu berjaya.
  • 1970 Rancangan Buku Hijau turut merancakkan aktiviti pertanian di Seberang Perak.
  • 1974, banjir besar berlaku apabila benteng pecah berhampiran dengan belakang Kampung Kuala Parit. Benteng / ban di sekeliling Blok A, C dan D telah diperbaiki.

Seberang Perak dibahagikan kepada Blok A, Blok B, Blok C dan Blok D. Kebanyakan penduduk Kampung Air Mati, Kampung Pebayan, Kampung Bandar dan Kampung Padang mendapat 2 hektar tanah di Blok D. Penduduk Kampung Bandar Tua mendapat tanah di Blok C. Blok-Blok ini tidak begitu berjaya kerana tanah paya yang tinggi rendah, ada yang terlalu dalam airnya dan ada yang tak boleh ditanam. Ketika itu tidak ada jentera moden, kecuali menggunakan kekuatan tangan dan kaki sahaja.

  • 1975 Blok B dimajukan. Penduduk tempatan dan masih muda diberi tanah pertanian seluas 2 hektar juga . Tetapi kali ini rumah peneroka disediakan di kawasan yang khusus dan diuruskan oleh Felcra. Bagi mengenang jasa perajurit, bekas perajurit rakyat Perak diberi tanah juga.
  • 1976 kesedaran untuk membawa pembangunan ke kawasan Perak Selatan dan Perak Tengah telah wujud di mana sebuah Firma Perunding ESAMS ( Malaysia ) dengan kerjasama Howard Humprey (UK) telah dilantik oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjalankan kajian di kawasan ini. Hasil kajian tersebut mendapati kawasan Seberang Perak ini sesuai untuk tanaman padi, kelapa sawit dan koko.
  • 1978 sebuah firma perunding iaitu KPM Khidmat Sdn Bhd dengan kerjasama Snowy Mountain Engineering Corportation ( Australia ) telah dilantik untuk menjalankan kajian kemungkinan dari segi teknikal dan ekonomi yang meliputi keperluan pengairan , pengangkutan , memproses dan pemasaran.

Pembangunan kawasan ini akan menyatukan rancangan-rancangan pertanian sedia ada di kawasan ini dengan kawasan baru yang akan diletakkan di bawah satu projek. Adalah menjadi harapan kerajaan bahawa rancangan ini akan dapat menambahkan keluaran beras negara, menyediakan lebih 6000 peluang pekerjaan baru dan juga meningkatkan pendapatan petani , sesuai dengan proses pemodenan sektor pertanian yang akan dibawa ke kawasan ini.

  • 1980-an krisis timbul apabila orang-orang Kedah turut laparkan tanah dan meneroka hutan-hutan ditepi Sungai Dedap , menghadap bandar Teluk Intan. Selepas beberapa konflik dan krisis, orang Kedah diberi tanah seluas 3 ekar.Tetapi ada yang diberi 5 ekar tanah.
  • 1986 , Rancangan Tanah Changkat Lada mula diduduki . Kali ini sistem lot tidak dipakai lagi. Felcra memberi 2 ekar tanah untuk kelapa sawit dan 5 ekar tanah untuk tanaman padi.
  • 1987 sawah padi di Blok D yang bayak terbiat teah diswastakan kepada syarikat Alinan. syarikat ini telah membina semula ban agar semua tanah payah ditebusguna dan di tanam sepenuhnya dengan padi sawah. Rumah penduduk yang berselerak di sawah-sawah padi telah dipondah dan dikumpulkan di Bukit Chawi. Ahli parlimen Pasir Salak ketika itu ialah Datuk seri Megat Junid Megat Ayob. Bank Dunia memberi pinjaman mudah RM2 juta bagi memajukan dan memulihkan sawah padi di Seberang Perak. Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad telah melawat Seberang Perak ketika itu.